








Apakan kategori kelayakan penjawat awam yang layak umtuk PPAM?
Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Perlukah saya berwarganegara Malaysia?
Ya.
Saya sudah bersara. Adakah saya layak untuk memiliki perumahan PPAM?
Ya. Penjawat awam yang telah berpencen, memiliki skim bersara, dan kad pesara layak memohon projek PPAM ini.
Perkhidmatan saya cuma kontrak sahaja. Adakah saya masih layak?
Ya. Lantikan tetap atau kontrak layak, sekiranya anda berkhidmat di bawah kategori kelayakan yang dinyatakan di atas.
Bolehkah saya memohon lebih dari satu projek?
Ya.
Saya ingin memiliki perumahan PPAM untuk tujuan pelaburan. Adakah ini dibenarkan?
Semua projek PPAM tertakluk kepada moratorium 10 tahun yang tidak membenarkan penjualan dan penyewaan kepada orang lain selama 10 tahun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PPAM di talian +60388805002 atau emal bantuan.ppam@jpm.gov.my
